Hukum Puasa
Hukum puasa terbahagi kepada tiga iaitu :
·
Wajib – Puasa
pada bulan Ramadhan.
·
Sunat – Puasa
pada hari-hari tertentu.
·
Haram – Puasa
pada hari-hari yang dilarang berpuasa.
Syarat Wajib
Puasa
·
Beragama Islam
·
Baligh (telah
mencapai umur dewasa)
·
Berakal
·
Berupaya untuk
mengerjakannya.
·
Sihat
·
Tidak musafir
Rukun Puasa
·
Niat mengerjakan
puasa pada tiap-tiap malam di bulan Ramadhan(puasa wajib) atau hari yang hendak
berpuasa (puasa sunat). Waktu berniat adalah mulai daripada terbenamnya
matahari sehingga terbit fajar.
·
Meninggalkan
sesuatu yang membatalkan puasa mulai terbit fajar sehingga masuk matahari.
Syarat Sah Puasa
·
Beragama Islam
·
Berakal
·
Tidak dalam
haid, nifas dan wiladah (melahirkan anak) bagi kaum wanita
·
Hari yang sah
berpuasa.
Sunat Berpuasa
·
Bersahur
walaupun sedikit makanan atau minuman
·
Melambatkan
bersahur
·
Meninggalkan
perkataan atau perbuatan keji
·
Segera berbuka
setelah masuknya waktu berbuka
·
Mendahulukan
berbuka daripada sembahyang Maghrib
·
Berbuka dengan
buah tamar, jika tidak ada dengan air
·
Membaca doa
berbuka puasa
Perkara Makruh
Ketika Berpuasa
·
Selalu
berkumur-kumur
·
Merasa makanan
dengan lidah
·
Berbekam kecuali
perlu
·
Mengulum sesuatu
Hal yang
membatalkan Puasa
·
Memasukkan
sesuatu ke dalam rongga badan
·
Muntah dengan
sengaja
·
Bersetubuh atau mengeluarkan
mani dengan sengaja
·
kedatangan haid
atau nifas
·
Melahirkan anak
atau keguguran
·
Gila walaupun
sekejap
·
Mabuk ataupun
pengsan sepanjang hari
·
Murtad atau
keluar daripada agama Islam
Hari yang
Disunatkan Berpuasa
·
Hari Senin dan
Kamis
·
Hari putih (setiap
13, 14, dan 15 hari dalam bulan Islam)
·
Hari Arafah (9
Zulhijjah) bagi orang yang tidak mengerjakan haji
·
Enam hari dalam
bulan Syawal
Hari yang
diharamkan Berpuasa
·
Hari raya Idul
Fitri (1 Syawal)
·
Hari raya Idul
Adha (10 Zulhijjah)
·
Hari syak (29
Syaaban)
·
Hari Tasrik (11,
12, dan 13 Zulhijjah)
0 komentar:
Posting Komentar